Robert Tawik sokong penuh kenyataan Bung Moktar

KENINGAU:Naib Presiden STARSABAH Datuk Robert Tawik @ Nordin menyokong penuh kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung dengan penarikan balik kuasa Jabatan Kerja Raya ( JKR ) untuk menyelia jalan Raya  di Negeri ini.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata,  apa yang dijelaskan oleh  Datuk Seri Bung adalah amat tepat.

“Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu ambil perhatian yang sewajarnya agar mengembalikan kuasa kepada JKR” katanya mengulas kenyataan Datuk Seri Bung  supaya JKR patut selia Jalan Raya. 

Beliau mengesa kepada kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri Sabah agar dapat mempertimbangkan semula memberikan kuasa kepada JKR dan menarik balik surat yg telah dikeluarkn untuk menarik kuasa JKR dan memindahkn kuasa kepada Kementerian Kewangan.

“JKR mempunyai ramai Jurutera yg pakar  dalam bidang kejuruteraan jalan Raya. JKR juga mampu mengurus pelaksanaan jalan Raya yang lebih baik dan berkualiti” jelasnya.

Ujarnya, jadikan pengalaman masa lalu, di mana pelaksanaan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya tidak menepati piawaiannya. – BORNEO DAILY BULLETIN

Author: dborneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *